EKOSISTEM TERANCAM
BIOLOGI TINGKATAN 4
BIOLOGI – EKOSISTEM TERANCAM
AKTIVITI MANUSIA YANG MENGANCAM EKOSISTEM
1 Aktiviti manusia yang tidak terancang dan tidak diuruskan dengan betul
boleh mengganggu keseimbangan persekitaran semula jadi dan merosakkan
ekosistem.
2 Kesan aktiviti manusia terhadap ekosistem ditunjukkan dalam Jadual9.1.
Pencemaran
Pencemaran adalah perubahan ciri fizikal,
kimia atau biologi persekitaran semula jadi yang tidak
dikehendaki disebabkan oleh aktiviti manusia.
Pencemaran
udara
1 Jadual9.1 menyenaraikan pelbagai sumber bahan pencemar udara.
2 Kesan kepada bangunan
(a) Hujan asid mengkakis
struktur logam bangunan dan jambatan
(b) Jelaga dan habuk
menghitamkan bangunan
3 Kesan kepada pertanian
(a) Jerebu menghalang
cahaya matahari daripada sampai ke permukaan Bumi, lalu menjejaskan
fotosintesis
(b) Stoma ditutup oleh habuk
dan jelaga. lni menurunkan kadar fotosintesis.
(c) Hujan asid memusnahkan
tumbuhan dan mengurangkan produktiviti pertanian.
4 Kesan terhadap kesihatan manusia
Gas berasid dan asap menyebabkan penyakit respirasi seperti asma,
bronkitis, kanser peparu, penyakit kuht, merengsakan mata, konjunktivitis.
5 Kesan terhadap haiwan, tumbuhan dan habitat
(a) Sulfur dioksida dan
nitrogen dioksida menyebabkan hujan asid
yang melarut resap nutrien. Hal ini
menyebabkan tanah menjadi tidak subur.
(b) Hujan asid menyebabkan
tanah berasid, memusnahkan daun lalu menyebabkan
turnbuhan mati.
(c) Hujan asid merendahkan pH
air, lalu menyebabkan organisma akuatik mati.
(d) Asap, jelaga dan habuk
menyumbat hang stoma dan merendahkan kadar
fotosintesis.
6 Kesan terhadap iklim
(a) Menyebabkan jerebu yang
mengurangkan daya penglihatan dan membahayakan
kesihatan.
(b) Peningkatan karbon dioksida
dalam atmosfera memerangkap haba untuk
meningkatkan suhu Bumi dan menyebabkan kesan rumah hijau.
(b) Ais di kutub menjadi
cair dan menaikkan aras air laut yang menyebabkan
banjir dan perubahan iklim.
Pencemaran air
1 Pembuangan kumbahan dan sisa domestik yang tidak dirawat ke dalam sungai
(najis, sampah sarap, detergen)
(a) Menggalakkanpertumbuhan bakteria dan menyebabkan penyakit
(b) Mengurangkan kepekatan oksigen dalam air disebabkan proses pereputan
(c) Sampah yang tidak terbiodegradasi menghalang cahaya matahari daripada
sampai kepada tumbuhan akuatik, lalu mengancam kehidupan tumbuhan
akuatik
2 Pembuangan sisa industri (sisa organik dari kawasan pertanian, sisa kimia
bertoksik dari kilang elektronik)
(a) Penguraian sisa organik mengurangkan kepekatan oksigen di dalam air
(b) Bahan kimia bertoksik yang tidak terbiodegradasi berkumpul di dalam
badan melalui rantai makanan. lni boleh merosakkan organ, menyebabkan kanser
dan mutasi
3 Pembuangan sisa pertanian (baja, tinja) yang mengandungi nitrat dan
fosfat
(a) Kepekatan nitrat dan fosfat yang tinggi di dalam sungai atau kolam
menyebabkan eutrofikasi
b) Keperluan oksigen biokimia (B.O.D.)
(i) B.O.D. adalah jumlah
oksigen yang diambil oleh mikroorganisma yang menguraikan
sisa organik di dalam air.
(ii) B.O.D. mengukur aras
pencemaran air.
(iii) Semakin tinggi nilai B.O.D., semakin rendah kepekatan oksigen terlarut
di dalam air.
(iv) Nilai B. O.D. air (aras pencemaran air) boleh ditentukan dalam eksperim
en dengan menggunakan larutan metilena biru.
4 Tumpahan minyak
(a) Tumpahan minyakdarikapal tangki minyak boleh mencemarkan air dan menyebabkan
kematian haiwan akuatik di dalam laut.
(b) Tumpahan minyak juga mencemarkan pantai
PENCEMARAN
TERMA
Pencemaran terma disebabkan
pembebasan haba yang berlebihan ke persekitaran.
|
1. Pencemaran terma
disebabkan pembebasan haba yang berlebihan ke persekitaran.
2 Sumber pencemaran terma adalah:
(a) Pembuangan air panas dari kilang, reaktor nuklear dan stesen jana kuasa
(b) Bangunan bercermin yang memantulkan sinar matahari dari satu bangunan
ke bangunan lain
Pencemaran bunyi
1 Pencemaran bunyi disebabkan oleh bunyi yang keterlaluan dalam persekitaran.
2 Pencemaran bunyi menyebabkan masalah pendengaran (pekak), kecederaan
telinga, sakit kepala, gangguan emosi dan mental, tekanan darah tinggi.
KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON
1 Kesan rumah hijau disebabkan oleh haba yang diserap dan terperangkap
dalam atmosfera oleh gas rumah hijau (sepeti karbon dioksida, metana, klorofluorokarbon,
nitrogen oksida) dan menyebabkan pertambahan suhu atmosfera.
2 Pertambahan suhu Bumi secara keseluruhannya menyebabkan pemanasan global.
3 Punca utama kesan rumah hijau adalah kepekatan karbon dioksida yang
tinggi dalam atmosfera.
4 Aktiviti yang menyebabkan pertambahan kepekatan karbon dioksida adalah:
(a) Pembakaran bahan api di kilang
(b) Pembakaran hutan
(c) Penyahhutanan
(d) Pembakaran sampah secara terbuka
(e) Penggunaan klorofluorokarbon (CFC)
(f) Kenderaan bermotor
5 Rajah 9.3 menunjukkan bagaimana kesan rumah hijau berlaku.
Kesan rumah hijau
1 Peningkatan aras laut. Ais mencair di kutub menyebabkan banjir.
2 Perubahan iklim. Suhu atmosfera yang tinggi meningkatkan kadar
penyejatan, menyebabkan kejadian kemarau clan banjir secara tiba-tiba.
Perubahan arah angin menyebabkan taufan clan ribut berlaku dengan lebih kerap.
3 Penghasilan pertanian. Hasil tanaman dan ternakan berkurang disebabkan
kemarau clan suhu tinggi yang melampau.
PENIPISAN LAPISAN OZON
1 Lapisan ozon di stratosfera menyerap sinar ultraungu dan menghalangnya
daripada sampai ke permukaan Bumi.
2 Punca utama pemplsan ozon adalah disebabkan pertambahan penggunaan
klorofluorokarbon (CFC) yang boleh menguraikan
clan memusnahkan molekul ozon. Bahan pencemar lain yang boleh memusnahkan ozon
adalah halon, gas klorin clan oksida nitrogen.
3 CFC digunakan secara meluas sebagai agen penyejuk di dalam peti sejuk,
penyaman udara, tin aerosol, bekas makanan polistirena clan getah berbusa
untuk membuat kusyen clan tilam.
4 Proses penipisan ozon oleh CFC
(a) Sinar ultra ungu memecahkan molekul CFC (Rajah 9.4) di atmosfera. Satu
atom klorin dibebaskan.
(c) Atom klorin yang
sangat reaktif memecahkan molekul ozon kepacla klorin monoksida dan molekul
oksigen (Rajah 9.5).
(c) Atom oksigen bebas cli atmosfera memecahkan ikatan klorin monoksida.
Satu atom klorin dibebaskan dan boleh memusnahkan lebih banyak molekul ozon.
Kesan
penipisan ozon
Terhadap persekitaran
(a) Menyebabkan kesan rumah hijau
(b) Mengubah iklim dan cuaca
(c) Menukar arah angin
2 Terhadap tumbuhan
(a) Memusnahkan sel-sel daun, stoma dan klorofil. Ini merenclahkan kadar
fotosintesis dan mengurangkan hasil tanaman.
(b) Memusnahkan organisma akuatik seperti fitoplankton dan mengganggu
rantai makanan di dalam air.
3 Terhadap kesihatan manusia
(a) Menyebabkan kanser kulit
(b) Merosakkan penglihatan clan menyebabkan kataraks
(c) Melemahkan sistem keimunan
manusia
4 Terhadap ekosistem
(a) Memusnahkan plankton dalam rantai makanan dan mengganggu
keseimbangan ekosistem di dalam air
(b) Menjejaskan komponen abiotik dalam atmosfera dan menyebabkan ketakseimbangan dalam pelbagai
ekosistem
KEPENTINGAN
PENGURUSAN AKTIVITI PEMBANGUNAN DAN EKOSISTEM YANG BETUL
Pembangunan
adalah penting:
(a) untuk
memperbaiki kualiti kehidupan dan memenuhi keperluan populasi yang semakin
bertambah
(b) untuk
menjalankan pelbagai projek pembangunan
(i) Dalam
pertanian
(ii) Dalam
industri
DALAM PERTANIAN
1 Hutan dibersihkan untuk memperbaiki kualiti hidup bagi:
(a) menyediakan lebih banyak tempat tinggal
(b) menambah makanan
(c) menyediakan pengangkutan baik
2 Hutan dibersihkan untuk meningkatkan produktiviti hasil pertanian dengan
menggunakan teknologi moden dalam pertanian.
DALAM INDUSTRI
1 Menarik pelabur asing untuk mempercepatkan kemajuan dalam sektor industri
dan menyediakan pekerjaan.
2 Memperbaiki kualiti hidup di kawasan luar bandar dengan menyediakan
kemudahan infrastruktur seperti projek rumah kos rendah, klinik, sekolah,
jalan raya, bekalan elektrik dan air.
Kesan Peningkatan Populasi
kepada Ekosistem
Projek pembangunan seperti penyahhutanan untuk menampung populasi yang
semakin bertambah mendatangkan kesan sampingan terhadap ekosistem:
1 Kemusnahan habitat semula jadi tumbuhan dan haiwan yang menjejaskan
rantai dan siratan makanan serta menyebabkan ketakseimbangan ekosistem.
2 Kepupusan tumbuhan dan haiwan.
3 Hakisan tanah yang menyebabkan tanah menjadi tidak subur.
4 Pemanasan global dan pencemaran persekitaran disebabkan kekurangan
pokok.
Langkah yang
Diambil dalam Pengurusan Aktiviti Pembangunan dan Ekosistem untuk Memastikan
Alam Semula Jadi yang Seimbang
1 Penguatkuasaan undang-undang Undang-undang dan peraturan digubal untuk
memelihara dan melindungi persekitaran:
(a) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, 1985
(b) Akta Kilang dan Mesin 1967/1983
(c) Akta Racun Serangga 1974 (d) Akta Perhutanan Kebangsaan 1984
(e) Penilaian Kesan Alam Sekitar (ElA) memastikan semua projek pembangunan
mesti diluluskan sebelum kerja pembinaan dimulakan. lni untuk memastikan keseimbangan
antara pengurusan persekitaran dengan projek pembangunan.
2 Menggunakan teknologi untuk mengatasi pencemaran
(a) Penggunaan bakteria pengurai minyak untuk membersihkan tumpahan
minyak di laut
(b) Memasang cerobong kilang dengan alat khas untuk menapis partikel halus
dan gas bertoksik
(c) Mengitar semula bahan buangan seperti kaca, logam, kertas, tin aluminium
untuk melindungi persekitaran dan memulihara sumber semula jadi
(d) Menukar sisa organik kepada biogas seperti metana untuk digunakan
sebagai sumber bahan api dengan menggunakan bakteria
(e) Loji rawatan menggunakan bakteria untuk menguraikan
(c) Elakkan membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai
(d) Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
memelihara dan memulihara hutan yang merupakan habitat semula jadi tumbuhan
dan haiwan.
5 Mengamalkan kawalan biologi
(a) Gunakan pemangsa semula jadi ntuk mengawal populasi perosak.
(b) Tidak menggunakan bahan kimia pertanian seperti pestisid. Maka, ini
tidak akan mengganggu keseimbangan ekosistem atau mencemari persekitaran.
6 Menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui
(a) Tenaga yang boleh diperbaharui tidak akan kehabisan dan tidak
mencemarkan persekitaran
b) Contoh tenaga yang boleh diperbaharui adalah
(i) Tenaga solar
(ii) Tenaga angin
(iii) Tenaga ombak
(iv) Tenaga geoterma
(v) Tenaga biomas
(c) Tenaga yang boleh diperbaharui boleh digunakan sebagai sumber tenaga
alternatifbagi bahan api fosil yang merupakan tenaga yang tidak boleh diperbaharui
7 Penggunaan tenaga secara cekap Kecekapan penggunaan tenaga untuk
mengelakkan pembaziran boleh dijalankan dengan cara berikut:
(a) Mengurangkan pembakaran arang batu, petroleum dan bahan api fosillain
(b) Memperbaiki kecekapan bahan api kenderaan dan mesin
(c) Menggunakan bahan api yang lebih bersih untuk mengurangkan bahan
pencemar